“Sudah Sudahlah Aliff Syukri…” – Semoga Surat Terbuka Dari Lelaki Ini Bakal Buat Dato’ Aliff Tersentap!

“Sudah Sudahlah Aliff Syukri…” – Semoga Surat Terbuka Dari Lelaki Ini Bakal Buat Dato’ Aliff Tersentap!

Abang Nak Tegur…

Saya dimaklumkan, Datuk Aliff Syukri juga turut menyanyi sekarang ini. Feature dengan Nur Sajat. Tak tahulah sebab nak ‘lawan’ Dato’ Seri Vida, atau memang cita-cita nak jadi penyanyi sejak kecil, atau strategi bisnes, atau apa…

Loading...

Mari sini dengar, Abang (Saya) Nak Tegur… #SuratTerbukaBuatDatukAliffSyukri #TerlajakLaris

1) Muzik saya tak reti, tetapi cara nyanyian menyakitkan telinga. Not soothing at all. Honestly “I Am Me” is better. Lirik sangat over, ada unsur lucah yang jelas dan berpotensi mempengaruhi anak-anak muda dan ditambah dengan cara nyanyian suara yang sengaja dibuat-buat menggoda. Not good at all.

2) Adakah ini mencari publisiti atau populariti? Datuk Aliff sudah cukup popular. Saya nasihatkan tak perlulah mencari populariti sebegini, ia merosakkan reputasi Datuk Aliff. Daripada orang hormat, jadi benci pula.

3) Video yang di-release 23 Nov 2017 ini trending, tetapi dengan 69ribu dislikes berbanding 8ribu likes. Pertama kali masyarakat Malaysia ‘berganding bahu’ menge-dislike satu video secara beramai-ramai. Buat apa viral atau trending disebabkan negativiti, orang dislike, mesej negatif? Buat apa? Fikir-fikirkanlah…

4) Dengan imej isteri bertudung, Datuk Aliff pun dilihat islamik dalam membesarkan anak-anak, pemilihan konsep lagu separa-seksual, ingatkan nak tegur pasal jaga diri daripada salah langkah dalam bercinta tetapi sebaliknya seolah-olah menyuruh bercinta gaya negatif, tak perlu jaga pergaulan, belai-belai hingga terasa segala bagai, ayang kita ohsem berdua-duaan, saya fikir menggalakkan masyarakat, terutamanya anak-anak muda berdua-duaan secara sumbang mahram dan sebagainya, adalah terlalu buruk untuk dipamerkan oleh Datuk Aliff yang berimej sebegini.

Loading...

5) Apatah lagi dengan pemilihan Nur Sajat yang dilihat berimej sangat seksi secara pemakaiannya (saya tak mahu komen isu lain yang kita semua tahu sensitif dan sering diperkatakan). Dengan lenggok nyanyiannya, aduhhhhh memang over. Tak sesuai dengan Datuk Aliff.

Kalau belum dengar lagu ni, lebih baik tak dengar daripada dengar. Takut berdarah telinga…

Bukan sebab lagu atau suara tak sedap, tetapi lirik dan kesan yang tak boleh diharap…

6) Sebagai seorang ayah, saya rasa patut malu jika anak-anak kita ‘tengok’ nyanyian sebegini… Apa perasaan Datuk apabila anak-anak Datuk tengok ni?

7) Apa perasaan Datuk apabila isteri Datuk ‘tonton’ nyanyian ini? Saya tak mahu mentelah secara berlebih, tetapi ada masanya jawapan “OK” yang diberi isteri tidak semestinya bermaksud “OK”… Kecuali dia pun sekepala, tak kisah apa tentang imej tudungnya, budi bahasanya, adabnya…

Saya pernah respek Datuk sebab jaga imej isteri, jaga anak-anak, bla bla bla.. Tetapi sekarang, aduhhhhh…

Abang (Saya) Nak Tegur, pilihlah untuk jadi ikon yang positif, yang soleh, yang baik…

Abang (Saya) Nak Tegur, Datuk tak perlu pun buat benda-benda sebegini, you’ve gained what you deserve, kenapa nak burukkan imej sendiri dengan perkara-perkara tak perlu sebegini… Bukankah baru lepas sponsor Pencetus Ummah dan Daie Nusantara?

Loading...

Saya pula yang rasa malu ‘tengok’ lagu ini.

Kalaulah perform menyanyi lagu ni atas pentas dengan para penari yang pakai baju ketat menari terkinja-kinja, tak boleh nak bayangkan buruknyaaa…

Sumber : Syahr Musafir via OMM

.

Depan Keluarga Suami Alim Gila. Satu Malam Tiba² Suami Kunci Pintu Bilik, Bila Aku Buka Apa Yang Aku Tengok MENYEDIHKAN !!!

Kehidupan Aku seperti dalam neraka. Hari-hari kami bergaduh. Dia tidak pernah solat. Bila aku ajak dia solat, dia langsung tak mahu. Satu malam bila dia masuk bilik, dia kuncikan pintu. Aku jadi pelik dan bila aku buka aku tengok……

Depan Keluarga Suami Alim Gila. Satu Malam Tiba² Suami Kunci Pintu Bilik, Bila Aku Buka Apa Yang Aku Tengok MENYEDIHKAN !!!| Saya dah tersalah pilih suami. Saya ingat saya kahwin kali kedua ini, saya akan dapat suami yang baik sebab dia sayangkan anak-anak saya. Saya terima dia sebab dia betul-betul sayangkan anak saya sampai anak saya tak boleh berpisah dengan dia.

Rupa-rupanya apa yang saya impikan semuanya musnah. Dia menjadi suami yang jahat dan kejam. Dia pukul saya dan pukul anak-anak saya. Dia benci anak saya dan kata,

“Itu bukan darah daging aku!”

Kehidupan saya seperti dalam neraka. Hari-hari kami bergaduh. Dia tidak pernah solat. Bila saya ajak dia solat, dia langsung tak mahu. Sekarang, saya ambil keputusan untuk bercerai. Saya dah tak nak tengok muka jantan berpura-pura ini lagi.

Nasihat saya kepada ibu-ibu tunggal, jangan percayakan lelaki yang baik di depan, ruap-rupanya ada udang di sebalik batu. Kejadian ini membuatkan saya serik untuk berkahwin lagi. Patutlah Rita Rudaini tak nak kahwin sebab takut anak-anak dia terseksa.

Zaman sekarang susah nak jumpa lelaki yang sayang anak-anak kita. Tengok macam saya, sudah terkena sebelum kahwin. Bukan main tunjuk sayang pada anak-anak saya. Selepas kahwin, buat anak saya macam sampah.

Anak saya demam ke, sakit ke, dia buat bodoh sahaja. Yang lagi zalim, semasa saya demam kuat. Saya tak sedar sebab baru makan ubat. Bila terjaga dari tidur, saya tengok anak saya dalam keadaan yang menyedihkan dengan memegang botol susu yang basi di depan pintu. Berak penuh di pampers, rupa-rupanya satu malam anak saya duduk di depan pintu bilik. Dia nak ketuk pintu bilik tetapi takut.

Sebelum ini saya tidak pernah kunci pintu bilik. Saya tahu anak saya mesti kejutkan saya. Rupa-rupanya malam itu saya tidur, suami saya sanggup kunci pintu sebab tak nak buatkan anak saya susu. Kalau dia benci pun, kejutkanlah saya pada malam itu. Meraung saya tengok keadaan anak saya.

Saya sudah nekad, saya perlu tinggalkan jantan tak guna ini dari hidup anak saya terseksa. Sudahlah dengan duit nafkah pun kedekut, duit saya saja yang dia nampak. Kaki kikis duit.

Ya Allah, cukuplah kali terakhir ini saya terseksa. Selepas ini saya nak habiskan masa bersama dengan anak-anak saya. Saya tak perlukan lelaki yang kejam seperti ini dalam hidup saya. via LIDAH SUARA and KRT.

Loading...