” Ropie Benar – Benar Menguji Saya, Memang Sengsara ,” – Dato Awie

” Ropie Benar – Benar Menguji Saya, Memang Sengsara ,” – Dato Awie

Vokalis kumpulan Wings, Awie mengakui pelakon Ropie merupakan halangan terbesarnya dalam menghidupkan watak sebagai Husin di dalam filem Hantu Kak Limah.


Awie atau nama sebenarnya Datuk Ahmad Azhar Othman, 49, beorkata, dia  mengakui sukar untuk berhadapan dengan Ropie kerana tidak dapat menahan ketawa setiap kali memandang wajah pelakon itu.

Loading...

“Ropie benar-benar menguji saya dalam filem Hantu Kak Limah pada kali ini kerana dia tidak habis melakukan jenaka ketika sedang melakonkan babak yang serius.

“Setiap kali nak masuk babak saya bersama dia, pasti saya tidak dapat nak tahan gelak kerana raut wajahnya.

“Walaupun dia hanya berdiri tegak dengan keadaan muka yang serius, itupun dah buat saya sakit perut nak tergelak.

“Memang sengsara berlakon dengan dia dan saya memang kagum dengan bakat lawak semulajadi yang ada pada Ropie,” katanya kepada Astro Gempak.

Awie berkata demikian ketika ditemui pada sesi penggambaran Hantu Kak Limah, di Taiping, Perak, baru-baru ini.

Loading...

Selepas tujuh tahun, kesinambungan Hantu Kak Limah akan kembali menemui penonton pada tahun depan hasil usahasama Infinitus Productions dengan Astro Shaw.

Turut berlakon dalam filem ini ialah Zul Ariffin, Uqasha Senrose, dan Erra Fazira.

Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi

Sumber:http://www.gempak.com/artikel/7399/ropie-buat-hal-susah-nak-berlakon-dengan-dia-awie-wings#.Wg6JzH88utw.facebook

Kredit : eraviral

Artikel Trending Di Bawah

WAJAH ANAK KAZAR CURI TUMPUAN. CANTIKNYA!

tak sangka betul pelakon lagenda, Kazar Saisi mempunyai anak gadis yang secantik ini. Lihat sendirilah di Instagram milik anaknya, Ira Kaza.

Dengan cukup ringkas, Ira Kazar atau nama sebenarnya Fadira Fatini Kazaruddin sememangnya cantik. Tidak hairanlah sekiranya jadi tumpuan netizen. Korang tengok muka dia ada iras-iras siapa?

Loading...

Ira yang cantik ini baru je berusia 22 tahun rupanya. Sebelum ini, Ira pernah menjadi bualan hangat di Internet apabila dia merakamkan aksi gelek dengan gaya seksi berlatarkan lagu berjudul One Dance nyanyian Drake.

Video berdurasi 30 saat yang dikongsikan itu ltelah membuatkan namanya tersenarai dalam carian “Ira Kaza” menjadi trending di Twitter.

Bagaimanapun, video itu telah dipadam oleh Ira setelah menerima pelbagai feedback.

Dia juga menganggap itu sebagai satu pengajaran buat dirinya.

Ha.. Nak lihat lagi wajah cun melecun anak Kazar,

 

Sumber Foto : Instagram Ira Kaza

Sumber MediaHiburan

Loading...