Wanita Cina Ini Kongsi Resipi Jamu Asam Kunyit Herba & Rajin Amalkannya Dari Usia Muda Untuk Nampak Awet Muda

Walaupun usia hampir memasuki 40-an, wanita cina ini nampak berseri-seri dan awet muda. Rahsianya, beliau rajin mengamalkan Jamu Asam Kunyit Herba untuk kekal awet muda, sihat dan bertenanga. Meskipun jamu sinonim dengan amalan wanita Melayu, wanita cina juga tidak terkecuali mengamalkannya kerana khasiat dan keberkesanannnya. Ini kerana ramuan jamu memang terbukti bagus untuk kesihatan dalaman dan luaran bagi wanita.
Berikut antara perkongsian oleh Amanda Tan;

“Kita dah nak masuk umur 40an dah. Masih lagi rajin amalkan jamu…jangan sesekali pandang remeh hal kesihatan. Tak kira bangsa , agama atau usia, jamu lah pilihan ku.”

Hari ni saya kongsikan satu resipi mak bidan saya buatkan untuk saya 15 tahun yang dahulu. Sekali sekala memang saya amalkan petua ini. Syukur masih diberikan rezeki untuk mencari bahan bahan dan kesihatan yang ampuh melalui pengamalan jamu dari usia muda sampai sekarang yang nak masuk usia 40an. Berikut adalah resipinya.
Jamu Asam Kunyit Herba
Resipinya:

Segenggam Kunyit matang.
Segenggam Halia Bentong. Kalau tiada halia bentong, boleh pakai halia tua. Makin tua, makin pedas makin tinggi zat nya.
Segenggam Temukunci. Ambil ubi dan jari jemari sekali
Segenggam cekur / kencur. Sama aje kedua duanya. Sini panggil cekur. Indonesia panggil kencur.
Daun Menguku 3 helai kalau besar.
Daun Sirih 3 ke 5 helai ikut saiz.
Air 1 liter

Loading...

Perisa ikut selera memasing:
Asam Jawa
Gula Melaka
Garam
Lada Hitam utk yang lepas bersalin boleh tambahkan ketika fasa memblender tu.
Cara Membuat:
1.Cuci bersih bersih kesemua bahan bahan.
2.Potong kecil kecil dan masukkan kedalam blender. Kang nanti besar sangat, blender tercekik plak.
3.Masukkan air secukup nya utk memblenderkan bahan bahan sampai sebati.

4.Dah sebati tu, tapiskan. Asingkan air dengan hampas tu. Hampas jangan buang. Boleh buat lulur badan nanti.

5.Ambil air yang sudah diblend itu masukkan kedalam periuk dan masak sampai mendidih. Boleh tambah air ikut keperluan.
6.Waktu memasak boleh ditambah perisa seperti asam jawa, gula melaka atau garam. Ikut citarasa masing2 ya. Saya tidak meletakkan gula. Untuk mereka yg baru bersalin, boleh tambah satu sudu kecil lada hitam yg telah ditumbuk. Lada hitam bagus untuk memanaskan badan.
Cara Minum:
1.Minum satu cawan pagi dan satu cawan malam. : Amalkan lepas makan. Jangan minum jamu ketika perut kosong, kang tak pasal pasal kena gastrik atau perut sebu.
2.Baki jamu boleh simpan dalam peti. Sebelum minum, panaskan suam suam kuku.
3.Boleh amalkan seminggu dua kali.
4.Untuk yang lepas bersalin, amalkan dua minggu selepas bersalin. Biar hormon badan lepas bersalin stabil dahulu sebelum amalkan jamu.
5. Rajinkan minum air suam bila amalkan jamu supaya lawas.

Loading...


Khasiat:
Memulihkan tenaga
Memanaskan badan
Melancarkan peredaran darah
Membuang angin
Atasi lenguh lenguh , sengal badan
Mengurangkan bau badan
Mencuci dalaman badan dan menyah toksin
Menghilangkan keputihan
Memulihkan luka dalaman
Mengecutkan peranakkan
Melawaskan pembuangan
Menyerikan wajah
Mencantikkan kulit
Khasiat tinggi
Agen awet muda
Sesuai untuk wanita dan lelaki
Tidak Sesuai Ketika:
Waktu haid
Sedang hamil
Anak kuning / jaundis
Kalau kencing manis, jangan letakkan gula melaka. Boleh gantikan dengan daun stevia kering.
Kalau darah tinggi, jangan masukkan garam. Gula pun kurangkan.

Info Ekstra!
Jamu Asam Kunyit Herba siap diminum. Boleh minum panas suam suam. Kalau nak minum sejuk tu boleh minum air sunquick la. Jamu lagi elok , lagi bermanfaat, lagi afdal kalau minum panas suam suam.

Tapiskan segala hampas tu. Hampas tu boleh buat lulur badan. Beza rajin ke malas nak buat aje.. Tuang kedalam periuk dan masak sampai mendidih. Masukkanlah bahan perisa seperti diatas ikut citarasa masing masing. Nak manis, tambah gula melaka. Nak masin, tambah garam. Nak masam manis , tambah gula melaka dan asam jawa. Orang sedang berpantang dalam seratus hari , boleh tambah lada hitam ketika blend. Bagus untuk panaskan badan dan pecah darah beku.

Selamat Mencuba! Semoga Bermanfat.

Sumber: Amanda Tan

Via MingguanWanita

 

 

Loading...