Resepi roti goreng aiskrim yang mudah ini pasti membuatkan anda mahu mencubanya segera

Resepi roti goreng aiskrim yang mudah ini pasti membuatkan anda mahu mencubanya segera

Pelbagai resipi makanan yang boleh kita cuba dengan menggunakan roti. Contohnya, roti bakar, roti telur, roti gulung sosej, roti gulung sardin, puding roti dan banyak lagi. Ada juga di antara kita yang gemar makan roti begitu sahaja atau mencecah dengan air milo suam.

Apa kata kali ini anda tukar selera dengan mencuba resipi mudah ini, Roti Goreng Aiskrim. Bahan-bahan yang diperlukan hanyalah roti dan aiskrim sahaja. Ringkas sahaja bukan? Mari lihat cara-cara memasaknya di bawah.

Loading...

Nak lagi mudah dan faham sila tonton video di bawah sekali :

Bahan-bahan:

Roti
Aiskrim pelbagai perisa (mengikut cita rasa anda)

 

Cara-cara memasaknya:

Loading...

1. Potong roti tersebut mengikut saiz yang anda suka

 

2. Cairkan aiskrim

 

3. Rendam roti-roti tersebut di dalam aiskrim yang telah cair tadi

 

4. Untuk lebih mudah menggoreng, gunakan kuali tidak melekat atau anda boleh panaskan mentega sedikit sebelum meletakkan roti-roti itu

Loading...

 

5. Dengan menggunakan api yang kecil, gorengkan dua-dua bahagian roti tersebut selama 3 minit

 

6. Siap untuk dihidang

 

Nampak menarik bukan? Untuk menambah lagi keenakan rasa roti goreng ini, gunakan pelbagai perisa aiskrim yang anda gemari. Kongsikan resipi mudah ini kepada keluarga dan kenalan yang lain. Selamat mencuba!

Nak lagi mudah dan faham sila tonton video di bawah sekali :

Sumber Era Baru

Loading...